HOT Pindang Kitchen adalah sebuah restoran milik penuh usahawanita bumiputera yang ditubuhkan pada 2012.
Restoran ini
diterajui oleh seorang usahawan yang berdedikasi dan berpandangan jauh
untuk maju. Usaha-usaha telah dan sedang dilakukan oleh pihak pengurusan
kearah memajukan lagi restoran ini. Kami menyediakan hidangan yang
menepati citarasa tradisi Melayu.
Kami juga
menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis sosial atau
korporat. Nikmati sajian terbaik kami dengan pelbagai pilihan yang
dimasak sempurna.
HOT Pindang
Kitchen menyajikan hidangan panas yang enak serta harga yang berpatutan
yang pastinya membuatkan pelanggan amat berpuas hati dengan kesedapan
masakan disini.
Dengan
pekerja-pekerja yang berpengalaman serta mesra pelanggan, kami amat
memetingkan kecepatan layanan samada dari bermulanya pelanggan masuk,
sehinggalah kepada menyediakan hidangan yang cepat dan sedap.
Kami juga mementingkan kebersihan sekaligus kami berusaha untuk menghasilkan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kami.
Kami di HOT Pindang
Kitchen yakin pelanggan-pelanggan kami berpuas hati dengan layanan yang
diberi dan hidangan yang disediakan untuk pelanggan-pelanggannya tidak
kira lapisan umur.
Kami berusaha
menambah serta mencari kelainan dalam hidangan dan citarasa di restoran
ini bagi menarik pelanggan datang ke restoran kami. Ini sekaligus
membuatkan kami teruja untuk memberikan perkhidmatan yang xtra kepada
pelanggan kami yang disayangi.
Sebagai sebuah
restoran yang sentiasa inginkan kelainan, keenakkan hidangan, kami
menerima dengan positif segala pembaharuan ataupun idea dari pelanggan
kami dari segi menu penyediaan makanan.
Jika ada daripada
pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai idea menarik, anda bolehlah
emailkan idea ataupun komen anda di page kami ini.
InsyaAllah segala
idea dan komen dari pelanggan kami, diharapkan restoran kami akan lebih
digemari serta dikunjungi lebih ramai lagi pelanggan-pelanggan dengan
adanya pembaharuan tersebut.
Untuk
pelanggan-pelanggan yang mengunjungi serta yang tidak pernah jemu
datang, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan diharapkan anda akan
berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
Terima Kasih.